Home Berita PAS Johor

PAS Kawasan Sekijang Anjur Taklimat Terkini Isu Felda

1203
SHARE

SEKIJANG – Bertempat di Pusat Tarbiyyah PAS Sekijang Paya Pulai ,Segamat, suatu taklimat telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada ahli dan peneroka Felda tentang isu-isu terkini pada 8 Januari lalu.

Semua peserta taklimat telah dipaparkan hampir 120 tayangan ‘slide’ penting untuk menggerakkan momentum semangat peserta agar terus menjuarai isu rakyat marhaen di samping menyelami denyut nadi kesusahan rakyat.

Hadirin mendengar taklimat yang disampaikan dengan penuh tekun

Sementara itu, taklimat telah disampaikan oleh Saudara Naraza Bin Muda, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda, Lajnah Tanah PAS Pusat. Turut bersama adalah En.Othman Bin Selamat , Timbalan Yang Dipertua PAS Sekijang dan En.Zulkefle Bin Abd.Kadir, Yang merupakan NYDP PAS Sekijang.

Taklimat isu-isu terkini Felda dipengerusikan oleh moderator ,Pn. Normala Sudirman selaku Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia.

 

Ketika menyampaikan ucapan , En.Maarof Bin Abd Mutalib berkata, “Johor merupakan negeri ke 2 tertinggi dalam statistik memiliki 73 rancangan Felda di seluruh negeri dengan jumlah peneroka sekitar 27,641 orang peneroka.
Dalam 26 Kawasan Parlimen di Negeri Johor, kita ada 12 buah Parlimen yang ada Felda yang semuanya adalah pengundi Melayu Islam. Justeru lonjakan tsunami melayu Islam adalah perlu dan merupakan kemestian, bagi seluruh jentera memahami isu Felda kerana keluasan Felda di negeri Johor adalah 119,334,19 hektar dan banyak isu tersendiri yang perlu diselesaikan.”

“Semoga masyarakat di Johor yang dianggap negeri jantung hati UMNO ini , akan celik mata dan terbuka minda untuk memberikan sokongan kepada PAS yang memberikan solusi terbaik dalam menangani kemelut isu Felda yang merupakan malapetaka buat masyarakat melayu Islam di negara kita. Kita perlu berani membuat perubahan dan anjakan paradigma supaya rakyat Malaysia dapat hidup lebih sejahtera dan harmoni.” Kata Pn. Normala , selaku moderator sebelum menutup majlis taklimat tersebut.

Di penghujung program, En.Maarof Bin Abd.Mutalib selaku Yang Dipertua PAS Sekijang telah menyampaikan sumbangan kepada Saudara Naraza Bin Muda , Timbalan Pengarah Lajnah Hal Ehwal Felda PAS Pusat sebagai tanda ucapan terima kasih.