Home Berita PAS Negeri Sembilan

#Sikamat | Jabatan Amal anjur Program Kekeluargaan, Derma Darah.

3194
SHARE

Menurut Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noryati Abu Amin pada Januari 2017, Negara kita memerlukan 2,000 beg darah sehari bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

“Bagi kawasan Lembah Klang, PDN memerlukan 500 unit darah dalam sehari atau 3,500 beg seminggu.

“Bagaimanapun untuk memenuhi keperluan darah yang diperlukan setiap hari ini, PDN berdepan kekangan apabila tibanya musim perayaan apabila jumlah bekalan darah yang diterima berkurangan.

“Bagi memenuhi keperluan ini, PDN berharap masyarakat lebih peka dengan keperluan darah dan tampil membantu pesakit”, ujar beliau.

Justeru, pada 21 Januari 2018, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Seremban akan menganjurkan Program Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan bertempat di Kompleks PAS Seremban, Jalan Jelebu-Ampangan, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antara Ceramah Kekeluargaan, Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf Sikamat, dan Free Market.

Program ini sepatutnya dirancang untuk dibuat Masjid Sikamat, Taman Desa Rhu, Sikamat, tetapi terpaksa diubah ke Kompleks PAS Kawasan Seremban atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, semua warga Ampangan, Sikamat dan Seremban dijemput hadir bersama seisi keluarga.