Home Berita PAS Terengganu

PAS terus tegas pertahankan Penyatuan Ummah

71
SHARE

PAS terus tegas pertahankan Penyatuan Ummah

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyambut baik keputusan kerajaan Terengganu dan Kelantan yang terus mempertahankan segala hak keistimewaan kepada parti bukan kerajaan iaitu UMNO di DUN yang dimenangi mereka

Keputusan ini menggambarkan besarnya jiwa pemimpin PAS untuk mempertahankan Penyatuan Ummah yang telah dibina bersama UMNO dan PPBM. Walaupun hampir setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, PAS terus diserang, tetapi ajaran Islam tetap menjadikan asas penyatuan ummah sebagai agenda utama PAS.

PAS terus konsisten mengajak dan menyeru UMNO dan PPBM agar bersatu dalam Penyatuan Ummah di Malaysia ini agar kekuatan Melayu Islam terus terjaga dan terjamin.

Janganlah kerana mempertahankan beberapa individu yang sudah tercalar integritinya kita sanggup meleraikan ikatan Penyatuan ini tang dibina dengan susah payah.

Semoga Allah pelihara Penyatuan ini dan singkirkan mereka yang cuba merobohkannya kerana agenda busuk kepentingan individu tertentu.

Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua Pemuda PAS Terengganu