Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS Kawasan Masjid Tanah| Hijrah ke arah kekuatan dan penyatuan

8
SHARE

اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۙ اُولٰۤىِٕكَ يَرْجُوْنَ رَحْمَتَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Al-Baqarah – 218)

Hari ini sekali lagi kita menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1443H, yang mana ianya juga bermaksud sudah 1443 tahun berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.

Peristiwa Hijrah berlaku kerana pada masa itu umat Islam lemah dan ditindas sehingga mereka diperintahkan untuk berhijrah untuk membina kekuatan dan penyatuan antara Muhajirin dari Makkah dan Ansar di Madinah.

Ia jelas membawa maksud bahawa penyatuan dan perpaduan itu sangat penting dalam membina kekuatan ummah. Dengan penyatuan dan perpaduanlah umat Islam boleh menjadi lebih kuat.

Ia sepatutnya menjadi satu mesej yang jelas bahawa umat Islam pada hari ini terutamanya di Malaysia harus memberikan perhatian yang serius terhadap penyatuan dan perpaduan demi untuk menghadapi ancaman puak ektremis yang selalu menggugat kekuasaan Islam.

Perasaan angkuh dan taasub berlebihan kepada kumpulan sendiri sehingga mewujudkan rasa ingin bersaing secara tidak sihat seperti kata pepatah ‘bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ harus dijauhkan demi mewujudkan sebuah penyatuan besar umat Islam di Malaysia ini.

Marilah kita sama-sama bersatu padu dan berganding bahu mempertahankan kekuatan dan kekuasaan umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini dengan cara yang dianjurkan oleh Islam tanpa ada sedikit pun unsur penganiayaan kepada rakyat yang bukan Islam.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga PAS Kawasan Masjid Tanah mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah buat seluruh umat Islam. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas.

Salam Maal Hijrah 1443H | 2021M

“Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka