Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan Kota Melaka teruskan program ziarah kebajikan berkala

183
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 17 Sept : PAS Kawasan Kota Melaka terus bergerak membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti ziarah dan pemberian sumbangan kepada rakyat setempat di sekitar kawasan Taman Seri Duyong di sini semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Melaka, Zulhilmi Suboh berkata ziarah dari rumah ke rumah menjadi salah satu mekanisme paling efektif bagi Lajnah Kebajikan PAS bersama Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat dalam menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.

Jelasnya lagi, doa sering dipanjatkan agar setiap penduduk sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah S.W.T serta sentiasa diberi kekuatan serta kesabaran setiap kali ditimpa kesulitan dan kesusahan.

Antara yang diziarahi adalah rumah Rahmat Ismail yang isterinya menghidap penyakit parkinson dan sakit tulang belakang.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)