Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang – Selamat Hari Malaysia Tahun 2020

158
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Selayang mengucapakan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia khususnya buat warga Selayang. Saban tahun tarikh 16 September akan selalu diingati sebagai permulaan pembentukan kerajaan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak dan seterusnya dinamakan sebagai MALAYSIA sehingga ke hari ini.

Bersempena tarikh bersejarah ini marilah kita menghayati kembali semangat perpaduan yang telah dipupuk sejak sekian lama dengan variati bangsa dan kaum yang saling melengkapi untuk mendirikan sebuah negara Malaysia yang utuh.

PAS sebagai sebuah parti yang mendokong Islam sebagai tunjang perjuangan ingin mengajak semua kaum untuk sentiasa menjaga utuh semangat perpaduan yang telah kita bina ini. Jauhilah segala anasir-anasir negatif yang boleh memecahbelahkan keharmonian negara.

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Maksudnya: Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan