Home Berita PAS Kedah

PAS kawasan Jerai lancar Jentera Pilihanraya hadapi PRU-15

228
SHARE

JERAI , 4 Julai 2022 – PAS Kawasan Jerai melancarkan Jentera Pilihanraya PRU-15 di Dewan Tuan Guru Othman Al-Yumusi, malam tadi.

Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh Persuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Dato’ Haji Ahmad Yahaya.

“Ikrar Jentera telah dilaungkan menyatakan hasrat mepertahankan kemenangan Parlimen dan memenangkan PAS di setiap DUN di Kawasan Jerai.

“Seluruh Jentera PAS Kawasan Jerai bersiap sedia menerima arahan dan tugasan bagi mendepani pilihanraya yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Turut hadir bersama Pengarah Pilihanraya PAS Kedah, Ustaz Hilmi Abdul Wahab, YDP PAS Kawasan Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad, Timb.YDP PAS Kawasan Jerai, YB Ustaz Sabri Azit, dan Naib YDP PAS Kawasan Jerai, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat.