Home Khas

PAS Junjung Kasih Yang Di-Pertuan Agong Dan Pertegas Sokongan Penuh Kepimpinan Perdana Menteri

366
SHARE

PAS JUNJUNG KASIH YANG DI-PERTUAN AGONG DAN PERTEGAS SOKONGAN PENUH KEPIMPINAN PERDANA MENTERI.

1. PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan Kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menanganipenularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

2, PAS juga menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, sekaligus mempertegaskan
sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama Kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

3. Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan.

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berdoa serta memohon perlindungan berterusan
daripada Tuhan supaya dihapuskan wabak COVID-19 dengan segera dan negara kita kembali selamat, aman dan bersatu-padu.

#Perkukuh Muafakat Nasional, Pertahan Perikatan Nasional

Terima kasih.

TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 26 Oktober 2020