Home Berita PAS Johor

PAS Johor ucap tahniah perlantikan TPM dan Menteri Kanan

41
SHARE

PAS JOHOR UCAP TAHNIAH PERLANTIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh YAB. Perdana Menteri serta diperkenankan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

PAS Johor sangat yakin dengan kemampuan dan kredibiliti YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob memikul jawatan selaku TPM berdasarkan kepada pengalaman beliau selama ini khususnya sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan.

Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang pemimpin UMNO paling kanan dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

PAS Johor juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Semberong, YB. Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan, yang mana sebelum ini telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

Pengalaman beliau selama ini diyakini mampu membantu kerajaan dan berganding bahu, pemikiran dan tenaga dengan semua anggota kabinet yang lain bagi memajukan negara ke arah yang lebih baik.

Sekian, wassalam.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

PERTAHANKAN PERIKATAN NASIONAL, PERKUKUHKAN MUAFAKAT NASIONAL

MAKMUR JOHOR , JOHOR SEJAHTERA