Home Artikel PAS Johor

PAS Johor Terima Sumbangan 50 ribu Sarung Tangan Getah

785
SHARE

Pagi tadi, Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) telah menerima sumbangan daripada YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng,  Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebanyak 50 ribu sarung tangan getah (hand glove). Ia telah disampaikan oleh wakil beliau di Pejabat MCA Bahagian Tanjung Piai di Pekan Nenas, Pontian.

Sumbangan tersebut telah diterima sendiri oleh Pesuruh Jaya PAS Negeri, Ustaz Abdullah Husin yang diiringi oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Pesuruh Jaya Negeri merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor serta Zaini Hussien, Penolong Setiausaha PAS Johor.

PAS Johor merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Dr Wee yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai di atas sumbangan tersebut.

Sumbangan ini akan disalurkan kepada frontliner yang bertugas menangani COVID19 melalui Khidmat Malaysia.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Ahmad Kamil
16 April 2020