Home Artikel PAS Perlis

Kempen Kutipan RM500K Sasar Alumni PASTI

741
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Atas dasar keperihatinan terhadap kebajikan guru PASTI, Alumni PASTI Malaysia telah melancarkan Kempen Kutipan RM500,000 Ihsan Alumni PASTI Buat Para Guru.

Sasaran utama kempen adalah para alumni PASTI di seluruh negara yang kini telah mencecah bilangan 1 juta orang.

Menurut Presiden Alumni PASTI Malaysia Mohd. Al-Ghazali Abu Bakar, pelancaran kempen berkenaan merupakan inisiatif pihaknya dalam memastikan kebajikan para guru PASTI sentiasa terbela.

“Atas dasar tanggungjawab serta sebagai tanda kebersamaan, Alumni PASTI Malaysia telah menggerakkan usaha mendapatkan dana sebanyak RM50,000 daripada seluruh alumni PASTI.

“Dana yang terkumpul nanti akan disumbangkan kepada para guru PASTI di seluruh negara bagi membantu meringankan beban kehidupan mereka akibat pelaksanaan PKP yang kini telah memasuki fasa ketiga.

“Justeru kami merayu kepada semua alumni agar dapat memberikan sumbangan sekurang-kurangnya RM10 seorang bagi menjayakan kempen ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam (BIMB) bernombor 12113010017272 atas nama Tabung Kebajikan PASTI Pusat.

Sebarang perkara berkaitan sumbangan pula katanya boleh dimaklumkan kepada wakil PASTI Malaysia di talian 019-258 2074 (Kamarul) atau 012-626 3740 (Shuhaida).