SUNGAI LIMAU, 15 Dis – PAS Kawasan Jerai menyambut kelahiran “Bayi Baru” ke -94 dengan kelahiran Cawangan Kubang Pasu, Sungai Limau, baru-baru ini.
Hampir 50 orang Ahli PAS Cawangan Kubang Pasu hadir dalam Majlis Perasmian Cawangan ini.
Dengan penambahan cawangan baru ini, menjadikan cawangan yang ada di Kawasan Jerai meningkat kepada 94 Cawangan.
Setiausaha PAS kawasan Jerai menyifatkan pembukaan cawangan ini menunjukkan minat orang ramai kepada kesungguhan parti ini.
“Alhamdulillah semakin ramai yang berminat dengan PAS dan berminat menjadi Ahli PAS setelah melihat Pemimpin-pemimpin PAS Kawasan dan Yb Ustaz Sabri Azit serta Yb Ustaz Mohd Azam Samad yang banyak turun ke lapangan dan membantu rakyat di Kawasan Jerai ini.” katanya.