Oleh : YAZID ALI
JASIN : PAS kawasan Jasin yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Jasin, Suhaimi Harun telah membuat laporan Polis terhadap isu komik yang bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’ di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah, Jasin hari ini.
Isu komik yang dikarang oleh pendokong DAP, Hew Kuan Yau itu, telah mengundang kontroversi dalam Negara ini apabila komik tersebut telah mengandungi unsur yang tidak baik, khususnya berkenaan kemerdekaan, isu bekas Perdana Menteri serta mengaibkan beberapa pihak.
Menurut Suhaimi, laporan dibuat agar isu komik ini disiasat segera oleh pihak Polis, mengambil tindakan terhadap pengarang dan individu yang mengedarkan komik kontroversi tersebut.
Turut hadir, Ketua Penerangan PAS Jasin, Mohd NorFaizal Nordin dan ahli jawatan kuasa PAS kawasan Jasin, Zainudin Ab Latif.