Home Artikel PAS Johor

PAS Iskandar Puteri Menyantuni Masyarakat Setempat

136 views
SHARE

PAS Iskandar Puteri Menyantuni Masyarakat Setempat

Iskandar Puteri : Pada 14 dan 15 April yang lalu, PAS Kawasan Iskandar Puteri melalui Pusat Aduan Rakyat DUN Kota Iskandar meneruskan program rutin ‘Home Visit’ pada setiap hujung minggu ziarah khususnya di DUN Kota Iskandar.
Inisiatif tersebut dipimpin oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Kota Iskandar (dahulunya Nusajaya), Ustaz Sallehuddin Dahiran dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Iskandar Puteri, Dr Karim Deraman.
Rombongan tersebut memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan dan kaunseling yang berkaitan kepada pesakit yang ditemui mereka. Malah, rombongan ini bukan sahaja melibatkan para doktor tetapi turut melibatkan pengamal perubatan islam, Darul Syifa.
Menurut Dr Karim program berkala tersebut merupakan antara aktiviti kebajikan daripada Pusat Aduan Rakyat DUN Kota Iskandar (dahulunya DUN Nusajaya) selain daripada aktiviti edaran risalah iaitu memberikan penerangan kepada masyarakat.
Menurutnya, rawatan kali ini adalah kepada pesakit strok dan juga rawatan daripada pengamal perubatan Islam,Darul Syifa.
Malah ujar beliau lagi, menasihatkan supaya masyarakat perlu menitikberatkan isu kesihatan rohani dan jasmani supaya dapat menjaga kesejahteraan kehidupan seharian.