Home Artikel PAS Pulau Pinang

Permatang Pauh Di Hati Presiden PAS

383 views
SHARE

Catatan Oleh : Jamsari Samad (Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 16 April 2018 РKehadiran Tuan Guru Presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang turun ke Permatang Pauh pada 04hb Febuari 2018 dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang walaupun dengan kesibukan serta kesihatan yang terbatas beliau sempat juga singgah ke Permatang Pauh berceramah selama 20 minit dan mengumumkan secara rasmi PAS akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan diiringi laungan takbir oleh para hadirin yang hadir. Ini kerana kerusi Permatang Pauh PAS pernah menang pada tahun 1978 dan setelah itu kerusi tersebut menjadi milik Umno kemudianya setelah Barisan Alternatif di bentuk hasil pemecatan DSAI dan kezaliman Tun Mahathir terhadap Anwar serta keluarga. Apabila pakatan rakyat dibentuk, kerusi tersebut diberi laluan kepada Pkr.

Apabila terputusnya Tahaluf Siasi,kerusi tersebut terus menjadi sebutan ahli akar umbi mendesak supaya Pas bertanding disitu.Pengumuman Presiden PAS pada tanggal 4hb Feb 2018 maka terjawablah segala persoalan itu.

Dan semalam pada tanggal 15hb Apr 2018 dalam tempoh dua bulan Presiden PAS sekali lagi sudi untuk turun ke Permatang Pauh pada asalnya untuk Perasmian Tertunda Mesyuarat Agung PAS Kawasan Permatang Pauh tetapi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang memohon untuk dijadikan program Himpunan Jentera PAS Pulau Pinang dan kita memilih Dataran Hj Zabidi sebagai simbolik kejayaan Ahli Parlimen yang mewakil PAS di Permatang Pauh.


Kerana di Permatang Pauh ini banyak meninggalkan kenangan kepada Tuan Guru Presiden apabila sewaktu kematian Tuan Guru Hj Zabidi Ali pada tahun 1990 bersamaan 8 Muharam solat jenazah beliau diimamkan oleh Almarhum Ust Fadzil Nor mantan presiden PAS dan bacaan Talqin dibacakan oleh Tuan Guru Presiden sendiri.

Semalam pada Pelancaran Gagasan Sejahtera Pulau Pinang di Markaz PAS Pongsu Seribu Kepala Batas sewaktu berceramah Tuan Guru Presiden telah membuat kejutan mengumumkan calon bagi kerusi P44 Permatang Pauh adalah Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azammudin anak mantan Ahli Parlimen Baling dan Imam Masjid Negara. Beliau juga merupakan seorang tokoh anak muda yang berkarisma dan disenangi oleh masyarakat di Permatang Pauh terutama dikalangan anak-anak muda. Beliau juga memegang jawatan selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh.

Semalam bila dilihat dengan wajah yang penuh ceria tersirat dihati beliau, InsyaAllah PAS akan melakukan kejutan pada PRU 14 ini dengan kesunguhan yang ditunjukan oleh semua pihak jentera parti tidak mustahi slogan Pas Tawan Permatang Pauh menjadi kenyataan dengan syarat seperti pesanan beliau jaga hubungan kita dengan Allah disamping kebergantungan kita kepada Allah kita hanya mampu berusaha selebih itu di dalam ilmu Allah.

Oleh itu, kepada seluruh jentera Pilihanraya PAS Kawasan Permatang Pauh ayuh kita tunjukan komitmen kita sebagaimana komitmen Presiden PAS bagi mengalas tugasan ini sebaik mungkin dalam usaha memenangkan PAS di Parlimen Permatang Pauh.

#IstiqamahHinggaKemenangan
#PasTawanPermatangPauh