Home Berita PAS Kelantan

PAS gabung NGO pertahan Melayu, Islam

784
SHARE

KOTA BHARU: PAS sebenarnya tidak bersendirian bagi memperjuang dan mempertahankan Islam dan ketuanan Melayu di negara ini.

Senator Asmak Husin berkata, PAS turut mendapat dokongan NGO dengan menjadikan agenda Islam sebagai keutamaan dalam jatuh bangun perjuangan.

Katanya, sokongan padu NGO dapat dilihat pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Kuala Lumpur Sabtu lepas yang dihadiri banyak wakil NGO bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kelantangan pihak tertentu mempersendakan Islam sekarang.

Katanya, agama Islam dan hak orang Melayu dilihat semakin tercabar di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

“Kehadiran banyak wakil NGO dan pemimpin parti-parti politik memperlihatkan kebimbangan rakyat negara ini begitu terasa di bawah kerajaan PH sekarang,” katanya di sini.

Menurutnya juga PAS dan NGO saling memerlukan antara satu sama lain bagi mempertahankan agama Islam dan hak orang Melayu.

Kata beliau PAS boleh mengetengahkan isu dengan menyuarakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, manakala NGO boleh menggunakan gelanggang mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 30/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7584-pas-gabung-ngo-pertahan-melayu-islam