Home Berita PAS Pusat

PAS Dekati Golongan OKU

2963
SHARE

Bersempena Hari OKU Antarabangsa dan memperingati bulan kelahiran RasuluLlah S.A.W sebagai menjadikan baginda contoh tauladan yang sangat prihatin kepada keperluan golongan OKU. Pihak Parti islam Se-Malaysia (PAS) melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan mengadakan Program Mahabah OKU sebagaimana butiran berikut;

Tarikh: 16 Disember 2017, Sabtu
Masa: 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari
Tempat: Dewan Orang Ramai Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Fokus program Mahabbah OKU ini adalah untuk;
1. Mendekatkan komuniti OKU kepada PAS
2. Menampilkan Islam sebagai penyelesaian kepada setiap persoalan kehidupan termasuklah dalam mendepani isu-isu berkaitan komuniti OKU
3. Memperkasa kepimpinan parti melalui penguasaan setiap isu-isu yang dihadapi oleh pelbagai masyarakat

Selain untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan OKU yang terpilih, sesi ramah mesra bersama pimpinan PAS juga akan turut diadakan.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini tidak kira latar belakang dan agama.