Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Teruskan Misi Bantuan Banjir Kelantan

166 views
SHARE

12 Disember 2017, Kelantan : Susulan dari laporan Misi Banjir Kelantan awal Disember baru- baru ini, beberapa kawasan dilaporkan mengalami banjir yang serius. Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama-sama pasukan Skuad Prihatin , AJK DMPM dan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) telah turun padang menziarahi mangsa-mangsa banjir dengan meredah air setinggi paras pinggang yang disertai oleh Ketua DMPNK iaitu YB Hajah Siti Zailah, bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan yang terjejas.

Pada 11 Disember 2017, sekali lagi Pasukan Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) meneruskan Misi Banjir Kelantan bagi mengikuti perkembangan keadaan di sana. Alhamdulillah, air kian surut, namun banyak kerugian dan kemusnahan harta benda yang telah dialami oleh penduduk.

Lokasi Misi Banjir Kelantan ialah di N 15 DUN Gual Periuk, Parlimen Rantau Panjang. Sebanyak 250 pek beras dibawa bersama dalam Misi Banjir semalam dan diagihkan kepada semua penduduk yang terjejas. Menurut kata penduduk di situ, selama rumah mereka ditenggelami air, mereka tidak berpindah ke mana-mana kerana lokasi kediaman mereka terletak jauh di pedalaman. Lantaran air yang semakin surut, delegasi ini baru dapat menghantar bantuan.

Antara yang hadir dalam Misi Bantuan Banjir Kelantan ialah Dr. ‘Uyun Abdul Malek selaku Pengerusi LKK DMPM, Saudari Adieyla ; Pengarah Jabatan Kajian, Pembangunan dan Arkib DMPM,seperti biasa rombongan Misi Bantuan Banjir ini disertai oleh YB Hajah Zailah selaku Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua DMPNK, Puan Mastura; Setiausaha DMPNK dan Puan Ani; Setiausaha LKK DMPNK. Turut hadir juga barisan pimpinan DUN Gual Periuk, Ahli DUN Gual Periuk, Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia (Kelantan) dan PERAKAN (Persatuan Anak Kelantan di Rantauan) Kuantan.

Skuad Prihatin LKK DMPM mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang yang dermawan atas sumbangan yang dihulurkan selama ini. Dengan sumbangan tersebut, dapatlah kita berkongsi kesenangan kepada penduduk-penduduk mangsa banjir.

Namun begitu, LKK DMPM masih lagi membuka ruang kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk menghulurkan sumbangan banjir. Sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan ke Akaun:

? Dewan Muslimat PAS Pusat

? MAYBANK: 5640 2540 0711

? SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

 

? Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan