Home Artikel PAS Melaka

PAS dan UMNO Melaka Unjuk Rasa Solidariti Bantah Pemindahan Aset Tabung Haji

1180
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

KOTA MELAKA : Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bersama-sama dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka telah mengadakan satu unjuk rasa membantah pemindahan aset Tabung Haji yang telah dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Unjuk rasa ini telah diadakan di Dataran Masjid Al Azim seusai solat Jumaat sebentar tadi.

Seramai empat orang pimpinan dari PAS dan UMNO berucap dalam perhimpunan tadi. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin berucap mewakili PAS. Sementara UMNO pula diwakili oleh Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Abdul Razak Rahman, dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Melaka, saudara Rohazam Bakar.

Unjuk rasa ini dilakukan sebagai menunjukkan kebimbangan umat Islam terhadap apa yang dilakukan kerajaan PH terhadap Tabung Haji. Ia juga sebagai amaran kepada kerajaan PH agar tidak sewenang-wenangnya melakukan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.

Sekitar 200 orang penyokong PAS dan UMNO bersama-sama dengan umat Islam yang prihatin bersama-sama berhimpun sambil menaikkan sepanduk yang mengecam kerajaan PH terhadap apa yang mereka lakukan kepada Tabung Haji. Majlis berakhir sekitar jam 2.40 petang dengan bacaan doa.