Home Berita PAS Kedah

PAS dan MCA terjemah semangat Keluarga Malaysia santuni masyarakat

82
SHARE

OLEH ROZAIDI TAIB

GURUN, 28 OGO– Semangat “Keluarga Malaysia” cetusan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob diterjemahkan oleh PAS Kawasan dan MCA bahagian Jerai apabila seramai 51 masyarakat berbangsa Cina dan 4 berbangsa India diberi sumbangan berbentuk barangan dan peralatan dapur, bantal serta alas tidur.

Mereka adalah sebahagian mangsa bencana “Kepala Air” Gunung Jerai yang berlaku pada petang 18 Ogos yang lalu.

Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit yang mewakili PAS Kawasan Jerai diringi Ketua MCA Bahagian Jerai, Tan Chee Hiong menyampaikan sumbangan tersebut pada program yang diadakan di dewan Kampung Baru Gurun, di sini hari ini.

Dalam perkembangan barkaitan, Sabri dan Tan turut meninjau keadaan tebing sungai Gurun di belakang Pasar Gurun yang terjejas akibat hakisan ekoran banjir yang berlaku tersebut.

“Isu berkenaan sudah dalam pemantauan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan tindakan baik pulih akan dijalankan bermula bulan hadapan, sejurus menerima peruntukan RM75 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.” Kata Sabri.

Turut hadir, Ahli jawatankuasa MCA bahagian Jerai, Hoe Siau Sin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerai, Muzaini Azizan.

Dun Gurun yang berada dalam parlimen Jerai selain Dun Guar Chempedak dan Dun Sungai Limau diwakili oleh Adun PKR, Dato’ Johari Abdul.