Home Artikel PAS Johor

PAS Cawangan Larkin Anjur Program Bersama Alang Ibn Shukrimun

144 views
SHARE

PAS Cawangan Larkin Anjur Program Bersama Alang Ibn Shukrimun

JOHOR BHARU, 1 Mei – PAS Cawangan Larkin dengan kerjasama Medan Ilmu Izzudin Al-Qassam hari ini telah menganjurkan Program Eksklusif Bedah Buku Geoskatologi dan 40 Hadis Sahabat bersama Ustaz Marwan Shukrimun dari Terengganu.

Ustaz Marwan atau lebih dikenali sebagai Alang merupakan seorang penulis buku haraki yang kini menjadi tumpuan ramai.

Menerusi program tersebut, Ustaz Marwan menfokuskan huraiannya mengenai hadis akhir zaman dan strategi-strategi barat dalam menjatuhkan Islam.

Menurut beliau, umat Islam perlu menjadi agen perubahan dan perlu lebih banyak mengkaji.

Tegasnya, ahli agama dan ahli akademik perlu bekerjasama bagi memastikan agenda Islam terus mendominasi dunia.

“Umat Islam perlu kembali fokus kepada musuh utama iaitu Yahudi.”

“Gerakkan isu yang disepakati bersama seperti Masjid Al-Aqsa untuk pertahan Islam.

“Dalami kembali konsep Amal Islam dan jangan terpengaruh dengan propaganda musuh,” terangnya.

Terdahulu, program itu telah dirasmikan oleh Prof. Kamaruzaman Yusoff; pengasas NGO ILMUAN.

Menerusi ucapan perasmiannya, Prof Kamaruzaman memetik beberapa pendekatan barat dalam kajian pemikiran masa depan iaitu predictive, interpretation, critical dan participation.

Program yang berlangsung bermula 9 pagi hingga 5 petang itu diadakan di Pasti Izzuddin Al-Qassam, Larkin.