Home Artikel PAS Johor

Kegagalan Manifesto Kerajaan Hari Ini Menjadi ‘Turning Point’ Anak Muda

1286
SHARE

KEGAGALAN MANIFESTO KERAJAAN HARI INI MENJADI ‘TURNING POINT’ ANAK MUDA

Oleh: Nik Nor Nadhirah

Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat,
1 Mei 2019: Ceramah Perdana Penyatuan Ummah anjuran bersama Penerangan UMNO Malaysia, Penerangan PAS Pusat, Perhubungan UMNO Negeri Johor dan PAS Negeri Johor.

Ceramah ini dihadiri oleh ahli PAS dan Ahli UMNO dari seluruh Johor yang menampilkan barisan penceramah terdiri daripada Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YB Datuk IR Hasni Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Khairul Faizi merupakan Penolong Setiausaha PAS Pusat.

Khairul Faizi dalam ucapan alu-aluan menyebut berkenaan anak muda pasca PRU14:

‘Kita yakin dan percaya, salah satu kemenangan kerajaan kini pada PRU 14 adalah manifesto terhadap anak muda yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi gagal untuk ditunaikan malah makin membebankan mereka telah membuka mata anak muda hari ini. Kita juga yakin bahawa sokongan anak muda bakal beralih dan kita perlu mengambil peluang ini’.

Seterusnya, ceramah dirancakkan lagi dengan ucapan YB Datuk IR Hasni Mohammad dan Ustaz Abdullah Husin.

Sementara itu, YB Datuk IR Hasni menegaskan bahawa undang-undang tubuh Johor adalah sah di sisi perlembagaan Malaysia.