Home Berita PAS Johor

PAS bukan medan politik merebut kuasa -Azlan Alias

293
SHARE

Oleh: HARITH HAQEEMI

KULAI, 6 Nov : “Ucapan yang merupakan panduan dan mesej yang mempunyai maksud tersirat serta tersurat di mana kita dapat melihat PAS berada di medan politik yang bukannya untuk merebut kuasa di mana lebih untuk menegakkan Islam itu sendiri dengan bagaimana penekanan oleh Tuan Guru tentang ketakwaan kita kepada Allah dan hubungan kita dalam parti.”

Demikian kata-kata daripada Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Azlan Haji Alias ketika ditemuramah dalam mengulas Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 pagi ini, di sini.

“Yang lebih menarik, adalah sifat tegas Tuan Guru Presiden kepada kita tentang parti yang tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa kerana kita mempunyai prinsip dalam politik di mana apabila kita bertindak, bukan hanya untuk menyelamatkan seseorang sebaliknya kita nak mengutamakan walaupun pimpinan yang bermasalah, tetap kita utamakan kebenaran daripada pimpinan.

“Ucapan dasar tadi banyak menyentuh tentang integriti seorang pemimpin kerana integriti ini merupakan salah satu “LisanulHal” iaitu bagaimana sesuatu dakwah secara perbuatan kerana masyarakat sedang melihat PAS sebagai satu parti Islam.

“Jikalau pemimpin tidak berintegriti, ia akan memberi kesan kepada parti dan yang lebih besar ialah membawa kesan kepada Islam kerana kita membawa nama islam dalam perjuangan.

“Ucapan ini bukan dihayati hanya kepada perwakilan tetapi kepada semua ahli untuk difahami supaya hasrat dan mesej yang ingin disampaikan ini sampai kepada setiap ahli bukan hanya kepada kemenangan Islam malah hingga ke akhirat,” menurut Ustaz Azlan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pasir Gudang merupakan perwakilan yang hadir bersama ahli kawasannya yang lain dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat peringkat negeri di Le Grandeur Palm Resort Senai, di sini pagi ini.