Home Khas

PAS Bersama Perikatan Nasional Dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah

649
SHARE

PAS BERSAMA PERIKATAN NASIONAL DAN
KERAJAAN GABUNGAN RAKYAT SABAH.

1. PAS akan terus berperanan dalam politik Sabah atas sikap dan gaya yang
bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional (PN).

2. Selaras dengan itu PAS akan menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat
Sabah (GRS) yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN dan PBS yang diberi mandat mengemudi Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September 2020 yang lalu.

3. Sayugia ditegaskan bahawa PAS khususnya di Sabah mempunyai ahli-ahli
yang terdiri dari kalangan pelbagai etnik dan suku Rakyat Sabah termasuk yang Bukan Beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong PAS
(DHPP).

Justeru PAS yakin kepimpinan Kerajaan GRS yang diterajui oleh YAB. Datuk Sri
Panglima Hajiji bin Haji Noor sebagai Ketua Menteri mampu memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Sabah dengan kerjasama serta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 01 Oktober 2020.