Home Berita PAS Kedah

PAS beri bantuan tanpa mengira bangsa

65
SHARE

Oleh AMAL NABILA

JITRA – PAS sentiasa memberi bantuan dan sumbangan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kubang Pasu, Ustaz Auzaid Ismail.

Beliau berkata, seramai 60 penduduk India disantuni di dalam Program Pimpinan PAS Bersama Masyarakat India Kubang Pasu bertempat di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, Jitra, baru-baru ini.

“Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan memberi sumbangan dan khidmat komuniti tidak mengira kaum untuk membantu meringankan beban golongan B40 yang berpendapatan RM2,000 ke bawah,” katanya.

Maklumnya lagi, program ini merupakan kerjasama bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu serta Dewan Muslimat PAS Kubang Pasu.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum PAS Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, hasrat kerajaan negeri menjadikan ‘Kedah Tempat Orang Kaya Berbakti, Orang Miskin Berteduh’ direalisasikan dengan pemberian bantuan kepada masyarakat tanpa mengira kaum.

“Saya menegaskan bahawa dalam penyampaian sumbangan PAS tidak pernah mengira kaum seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah menjadikan Kedah sebagai tempat orang kaya menabur bakti dan tempat orang miskin menumpang teduh”,” ujarnya ketika merasmikan Program Pimpinan PAS Bersama Masyarakat India Kubang Pasu di Kampung Muhibbah Bandar Darulaman, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, penganjuran program ini juga bertujuan untuk mendekati, membantu serta memberi perhatian kepada golongan berkenaan sebagai usaha untuk mengeratkan lagi hubungan mesra dan penuh kasih sayang antara PAS dan masyarakat setempat.