Home Artikel PAS Johor

PAS Batu Pahat Agih Bantuan Persekolahan di Zon Senggarang

180
SHARE

PAS Batu Pahat Agih Bantuan Persekolahan di Zon Senggarang

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

BATU PAHAT: PAS Batu Pahat telah memberikan bantuan awal persekolahan kepada lapan buah sekolah yang terlibat di Zon Senggarang dalam program ‘Back To School’ melalui guru besar sekolah terlibat, semalam.

Antaranya, Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh, Sekolah Kebangsaan Banang Jaya, Sekolah Kebangsaan Koris, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Sekolah Kebangsaan Parit Kadir , Sekolah Kebangsaan Senggarang , Sekolah Kebangsaan Seri Molek dan Sekolah Kebangsaan Parit Kemang.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) , Mohd Tumiran Ahmad menyampaikan sumbangan tersebut kepada guru besar di setiap sekolah untuk disalurkan kepada murid-murid yang layak.

Beliau yang juga merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Pahat turut diiringi oleh AJK PAS kawasan, Misran Samian ke program semalam.

Program sebegini katanya adalah komitmen tahunan di peringkat kawasan untuk membantu masyarakat dalam pendidikan anak-anak saban tahun.