Home Berita PAS Melaka

Bapa mentua Ketua Menteri Melaka kembali ke rahmatullah

253
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 9 Apr : Bapa mentua kepada Ketua Menteri Melaka, Almarhum M. Yusop Ijang, 83 tahun, dilaporkan telah meninggal dunia.

Almarhum yang merupakan bapa kepada isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Utama Munira M. Yusop meninggal dunia akibat sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Putra Melaka malam tadi.

Berita sedih pemergian Almarhum itu telah dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran Facebook beliau malam tadi.

“Saya dan isteri, YABhg. Datin Seri Utama Hajah Munira Binti M. Yusop serta keluarga baru menerima perkhabaran duka mengenai pemergian ke rahmatullah bapa mentua saya, Allahyarham M Yusop bin Ijang, sebentar tadi.

“Allahyarham M Yusop, 83 tahun meninggal dunia akibat sakit tua. Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Durian Daun, sebelum urusan pengebumian.

“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham. Saya dan keluarga berasa cukup kehilangan di atas pemergian bapa mentua kesayangan,” ujar Ketua Menteri Melaka di dalam hantaran Facebooknya itu.

Menurut maklumat umum yang tersebar di beberapa grup Whatsapps, jenazah Almarhum bakal dikebumikan sekitar jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Kampung Durian Daun.

Almarhum semasa hayatnya menetap di sebuah rumah di kampung ini yang terletak tidak berapa jauh dengan kediaman peribadi Ketua Menteri Melaka.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI         .