Home Artikel PAS Sarawak

PAS Batang Lupar Ziarah Keluarga Mangsa Bot Karam

253
SHARE

Oleh : Hanna Bolhan

Batang Lupar, 20 September : Suatu kejadian bot karam telah berlaku yang melibatkan mangsa Allahyarham Azrul bin Nen, 31 pada 16 September yang lalu bertempat di Kampung Beladin.

Arwah yang ketika itu turun mengail bersama dua lagi rakanya menggunakan bot dipercayai lemas ketika percubaan menyelamatkan diri daripada keadaan cuaca ribut pada malam tersebut.

 

PAS Batang Lupar bersama Ketua Muslimat, Mahani Mumtaz menziarah keluarga mangsa bagi menyampaikan bantuan berupa sumbangan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Muslimat PAS turut bersimpati terhadap nasib ibu angkat arwah, Puan Sapah yang telah kehilangan insan tersayang.

Justeru itu, PAS Batang Lupar mengharapkan keluarga mangsa terus tabah dan dapat meneruskan kehidupan dengan baik selepas ketiadaan arwah.