Home Artikel PAS Melaka

PAS Tangga Batu bantu mangsa ribut

282
SHARE

Oleh : Ibni Ibrahim

TANGGA BATU, 25 Sept: Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PAS Kawasan Tangga Batu, Haji Rafie Ahmad petang semalam telah meluangkan masa menziarahi salah seorang mangsa ribut di Pantai Puteri, Ab Rasid Tompang yang juga merupakan seorang pengusaha kedai makan di sini.

Rafie bagi pihak PAS Kawasan Tangga Batu turut menyampaikan sumbangan kepada Ab Rasid sebagai tanda prihatin atas bencana yang telah menimpa beliau.

Kejadian ribut tersebut yang berlaku tengah malam Rabu lepas menyebabkan kerosakan beberapa peralatan perniagaan milik Ab Radid seperti meja, kerusi, kanopi dan beberapa peralatan lain yang mengakibatkan kerugian serta menjejaskan sumber pendapatan beliau.

Sehubungan itu, TYDP PAS Tangga Batu juga mengajak orang ramai yang ingin menyumbang agar berbuat demikian dengan menyalurkannya ke dalam akaun PAS Kawasan Tangga Batu – 04024010019213 Bank Islam untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa ribut berkenaan yang telah terjejas kerana insiden tersebut.

Sebarang pertanyaan berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Tangga Batu, Izhari Ismail di nombor telefon 0196209140.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)