Home Artikel PAS Melaka

PAS Alor Gajah Ziarah Lebai Latif Dolah – Assabiqun PAS

252
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

ALOR GAJAH : PAS Kawasan Alor Gajah telah menziarahi seorang tokoh assabiqun atau veteran PAS Alor Gajah iaitu Tuan Haji Latif Dolah di Kampung Tanjung Rimau, Dun Gadek di sini semalam.

Ziarah yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG), Mohd Afif Che Roselam itu turut disertai oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof dan beberapa orang lagi pimpinan Pemuda PAS Kawasan.

Menariknya, dalam pertemuan ringkas ini kepimpinan pemuda PAS Alor Gajah telah dibentangkan dengan sejarah perjalanan perjuangan dalam jemaah Islam PAS serta kalam motivasi, nasihat dan diakhiri dengan doa.

Tuan Haji Latif Dolah atau lebih dikenali sebagai Lebai Latif ini berumur dalam lingkungan 70 an. Mempunyai seorang isteri dan 15 anak iaitu 11 orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.

Sebelum ini beliau berniaga sendiri iaitu mengambil kontrak memotong pokok balak dan pelbagai jenis pokok. Beliau berpengalaman dalam kerja penebangan pokok ini sudah lebih 30 tahun.

Beliau menjelaskan seawal tahun 1960 beliau telah berkecimpung dan menjadi ahli PAS yang aktif di dalam menjayakan keberadaan jemaah Islam PAS di Alor Gajah.

“Saya pernah mengadakan ceramah PAS di rumah saya sendiri di kampung Tanjung Rimau. Antara pimpinan yang pernah datang berceramah ialah Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Allahyarham Tuan Guru Fadzil Noor, Subky Latif (Pengerusi Asabiqun PAS Malaysia) dan kalangan kepimpinan PAS yang tersohor di serata Malaysia ini.

“Bekas-bekas pimpinan PAS yang sekarang dah masuk PAN pun pernah juga datang rumah saya, antaranya seperti Ustaz Ahmad Awang, Dr Mujahid Yusof Rawa, Mat Sabu.”

Cerita Lebai Latif lagi kepimpinan-kepimpinan tersohor hadir di rumah beliau ini, akan dihidangkan masakan air tangan isteri kesayangan beliau sendiri.

“Sebelum isteri saya tahu siapa pemimpin yang akan hadir di rumah kami ni, isteri saya sudah memastikan masakan apa yang perlu dihidangkan, iaitu seperti masakan ikan bakar.” ujar Lebai Latif.

Tambah Lebai Latif lagi, beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1986 di Dun Gadek sebagai calon PAS. Pelbagai dugaan yang beliau hadapi semasa bersama jemaah Islam PAS.

“Alhamdulillah sehingga hari ini, saya tetap istiqamah bersama PAS. Alhamdulillah. Kalau awak tanya orang Gadek mesti mereka akan kata ‘Siapa tak kenal Lebai Latif’ tu”. Kata beliau penuh bersemangat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam seusai program itu pula berkata kepimpinan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah terasa semangat dan bermotivasi dalam meneruskan perjuangan keberadaan PAS di serata Malaysia ini, khususnya di Alor Gajah.

“InsyAllah, akan datang kami akan menziarahi lagi dan akan melakukan dokumentari bagi sejarah kisah lama pejuang-pejuang PAS di Alor Gajah. Hebat golongan Asabiqun ini.” ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)