Home Artikel PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang santuni penduduk Hang Tuah

251
SHARE

Oleh : Asyikin Azli

HANG TUAH, Sabtu : PAS Kawasan Bukit Bintang turun padang bertanya khabar dan menghantar bekalan bantuan sempena aidilfitri di sini kelmarin.

Sumbangan berupa ayam mentah dan beberapa hidangan segera hari raya diedarkan kepada 60 buah keluarga yang terjejas di parlimen itu.

Bantuan bekalan makanan itu bertujuan dapat meringankan beban keluarga yang terjejas dan menggembirakan anak-anak yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman berikutan pandemik COVID-19.

Wakil Penduduk memanjangkan keluhan kepada Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Azemi Azman berkenaan lif blok yang kerap rosak walaupun sudah dibaiki, bangunan lama yang diduduki memerlukan pantauan yang lebih oleh pihak berkenaan berikutan ramai warga emas yang tinggal di perumahan awam tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Azemi Azman Johari, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Rashidi Razak dan turut hadir membantu Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, YB Senator Ustazah Nuridah Salleh juga dibantu oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan wakil penduduk setempat.

PAS Kawasan Bukit Bintang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS Kawasan untuk mengedarkan bantuan kepada mereka yang terjejas.