Home Artikel PAS Melaka

PAS ada pasukan profesional seperti Jabatan Amal – Bakri Jamaluddin

350
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 17 Jan : Dengan adanya program-program seperti Amal Mega Blood Donation (AMBD) ini diharapkan ia dapat memperkenalkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) kepada masyarakat luar, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin.

“Harapan saya mudah-mudahan, yang pertama, masyarakat akan kenal bahawa dalam PAS punya Jabatan Amal yang mereka profesional dan mereka servis semua orang. Bukan sahaja untuk Muslim tetapi untuk semua orang.

“Yang kedua mudah-mudahan tahun ke depan mereka akan boleh teruskan program ini, sebab bagi kita yang penting adalah menyelamatkan nyawa rakyat,” ujar beliau lagi.

Menurut Bakri selama ini JAM telah banyak terlibat dalam membantu orang ramai yang terlibat dengan musibah dan bencana alam kerana ia mempunyai kepakaran dalam menyelamat dan bantuan kecemasan, antaranya ketika berlaku kejadian pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim Johor Bahru tidak lama dahulu.

Sambil mengajak orang ramai datang menderma darah dalam program yang berlangsung hari ini beliau sempat meninggalkan pesan ini:

“Mudah-mudahan apa yang kita buat hari ini ia merupań∑an satu lonjakan kepada semangat untuk rakyat Malaysia untuk kita sama-sama kita berbakti menyumbang demi rakyat dan demi negara,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika ditemubual dalam program AMBD anjuran JAM di AEONS Bandaraya Melaka tengahari tadi.