Home Artikel PAS Kelantan

Parkir RM1.50 sehari di Bandar Tasik Raja

195 views
SHARE

PASIR MAS: Kerajaan banyak bertolak ansur terhadap tuntutan peniaga yang berniaga di pasar baru bagi memastikan mereka dapat menjalankan perniagaan lebih selesa.

Begitu juga tuntutan peniaga di Pasar Tasik Raja untuk berniaga lebih selesa juga diberi perhatian.

Malah difahamkan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi menyediakan pendawaian elektrik baru untuk memudahkan peniaga.

Adun Apam Putra, Abdul Rasul Muhamed berkata, masalah bumbung bocor juga sudah diatasi dan masalah berbangkit lain diselesaikan dari semasa ke semasa.

Begitu juga katanya, masalah bayaran parkir di Bandar Baru Tasek Raja dikenakan pada kadar yang dianggap berpatutan.

“Bagi mereka yang datang ke bandar baru itu kurang dalam tempoh 15 minit tidak dikenakan sebarang bayaran parkir.

“Bayaran hanya dikenakan RM1 selepas lebih 15 minit sehingga tempoh sejam. Dan selepas tempoh 1 jam sehingga pasar ditutup hanya dikenakan RM1.50,” katanya di sini.

Semalam sekumpulan peniaga dengan didalangi parti politik tertentu mengadakan demontrasi membantah MDPM mengenakan parkir berpalang dengan dakwaan  menjejaskan perniagaan mereka.

Abdul Rasul juga berkata, peniaga pula diberi peluang membayar parkir secara bulanan dengan kadar RM30 sebulan bagi membolehkan mereka meletak kenderaan seharian di ruang parkir.

Ahli Majlis MDPM, Zamankhari Muhammad bekata, kadar baru parkir dikuatkuasa selepas mengambil kira runggutan orang ramai sebelum ini.  – HARAKAHDAILY 9/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7725-parkir-rm1-50-sehari-di-bandar-tasik-raja