KUALA LUMPUR: Parlimen perlu betul-betul reform sebagaimana usaha kerajaan sebelum ini, kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.
Ini, katanya sebagaimana janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memanjangkan hari persidangan kepada 100 hari setahun.
Menurutnya, semalam 30 Julai adalah hari terakhir ahli-ahli parlimen dibenarkan berucap untuk sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja YDPA Sultan Muhammad V.
“Saya menunggu sehingga saat akhir sidang semalam yang tamat 9.30 malam.
“Berbekalkan puluhan point dan catatan sebagai persediaan untuk dibahaskan sebagai bukti dan manifestasi menggalas amanah dan mandat rakyat, namun bila tidak berkesempatan adalah sesuatu yang dukacita dan sangat mengecewakan bukan sahaja saya bahkan rakyat di kawasan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/7/2018
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7611-panjang-tempoh-hari-persidangan-parlimen