Home Berita PAS Kedah

Pandu lalu ambil Bakul Makanan

207
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

YAN: Seramai 201 Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain(KAFA) daerah Yan menerima sumbangan Bakul Makanan yang diterima secara pandu lalu di hadapan Pejabat Agama Daerah Yan, hari ini.

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit berkata sumbangan ini diberikan kepada mereka atas dasar keprihatinan terhadap nasib yang menimpa.

“Kita sedia maklum, ramai guru KAFA ini terdiri daripada wanita dan kebanyakan suami mereka berpendapatan harian.

“Disebabkan PKP ini ramai dalam kalangan mereka terjejas, ada yang tak ada pendapatan, ” katanya.

Katanya, semoga dengan sumbangan bakul makanan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.

Menurut YB Ustaz Sabri, program sumbangan pada hari ini dijayakan dengan kerjasama daripada Persatuan Penduduk Legasi Sungai Lentang.

Hadir sama Pegawai Agama Daerah Yan Tuan Sheikh Alwi Othman.

/asma