Home Kenyataan Media PAS Johor

Ingatan untuk Anwar dan PH, hentikan bersandiwara

206
SHARE

INGATAN BUAT ANWAR DAN PH : HENTI DARI BERSANDIWARA

Siapa sebenarnya yang derhaka terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong?

Pada 25 Oktober 2020, SPB YDP Agong pernah menolak darurat yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan.

Pakatan Harapan menyambut baik dan memuji YDP Agong atas keputusan tersebut.

Kerajaan pula menerima dengan lapang dada dan hati yang terbuka.

Apabila Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat pada 11 Januari 2021 dalam suasana wabak Covid-19 yang sememangnya kian kritikal, pihak yang sama tidak boleh mentaati dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Baginda bahkan mencabar Titah Baginda.

Pakatan Harapan sebenarnya hanya bersandiwara dan menghormati Titah Baginda mengikut selera mereka sahaja.

Jika tidak kena dengan selera mereka, mereka tentang. Malahan menuduh Kerajaan Perikatan Nasional pula yang tidak menghormati Baginda.

Nasihat kami kepada Anwar dan pimpinan PH, jadilah pemimpin yang waras dan bertanggungjawab.

Berhenti dari memperbodohkan rakyat, jadilah ‘politikus’ yang baik dan matang dengan menerima kebaikan walaupun ia datang dari musuh dan tolaklah keburukan walaupun ia datang dari kawan kita sendiri.

Hentikan segera sandirawa politik ini.

Sekarang adalah masa untuk kita semua berganding bahu membanteras penularan Wabak Covid-19 dan membantu rakyat.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)