Home Berita PAS Kedah

Pakej Bantuan  7.4 juta: kerajaan Kedah terjemah  konsep sejahtera kepada rakyat

525
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
12 Februari 2021 | Jumaat

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih terhadap usaha kerajaan negeri Kedah yang telah mengumumkan pakej bantuan bernilai lebih RM7.4 juta yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu rakyat di negeri ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Meskipun negeri mempunyai kekuatan kewangan yang terhad, namun kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS mempunyai impian yang besar untuk membantu membangunkan rakyat yang diterjemahkan menerusi bantuan yang disediakan.

Hal demikian kerajaan, ketika ini kerajaan negeri dibawah YAB Tn Hj Muhammad Sanusi Bin Md Noor diurus oleh pasukan kepimpinan negeri yang adil, amanah dan tidak gemar berpolitiking yang merugikan rakyat.

DPPNK merasakan kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada kira-kira 400 pemohon   pengusaha pelancongan dan penghantar makanan (food rider) semaksimum RM5,000 adalah satu bentuk kemudahan yang berkesan di saat masih ada segelintir rakyat yang mungkin terlepas dengan bantuan daripada kerajaan pusat mahupun pengeluaran KWSP.

Konsep ‘sejahtera’ dalam slogan negeri Kedah dijelmakan juga dalam sektor paling utama negeri selepas ekonomi iaitu pendidikan dengan peruntukan hampir RM
2 juta untuk mengagihkan  3,600 set tablet kepada pelajar terpilih bagi memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Selain itu, beberapa lagi bantuan yang sangat menepati keperluan semasa rakyat dalam menempuhi pandemik COVID-19 ini, seperti :-

a) RM1.26 juta diagihkan kepada 3,600 peniaga khemah boleh lipat, meja dan dapur yang bernilai RM350

b) Tambahan 350 pek Beras Sejahtera di setiap DUN dan Parlimen dalam tempoh 5 bulan

c) RM486 000 Bantuan Tabung Wanita Sejahtera kepada 27 orang penerima di setiap DUN dipercepatkan.

d) RM1.2 juta kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membina ruang niaga baharu

Dengan keprihatinan kerajaan negeri Kedah in, Kami Dewan Pemuda PAS negeri Kedah menyeru rakyat Kedah agar mengekalkan prestasi kerajaan sebegini dengan terus memilih pemimpin yang amanah, jujur dan mengutamakan rakyat dalam urus tadbir negeri.

Semoga kerja kuat YAB Menteri Besar Negeri Kedah bersama Exco Kerajaan Negeri Kedah akan merealisasikan slogan Kedah sejahtera nikmat untuk semua.

Yang Benar,

ABDUL HADI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah