Home Berita PAS Kelantan

Pakej Agro Tourism menarik di Enggong

227
SHARE
KUALA KRAI, 7 Feb: Pembukaan rasmi Dusun Rimbun Agro Farmstay (DRAF) di Enggong, Kuala Krai disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif Abdul Rahman, semalam.
Projek agro tourism tersebut diusahakan oleh Kamarul Hazini Kamaruzzaman dan Roslan Yaacob bermula Ogos 2018 dan dibuka untuk kunjungan awam pada 21 Jan lalu.
YB Abdul Latif memuji inisiatif pemilik DRAF yang menyediakan penginapan mesra alam di dalam dusun durian, manggis, rambutan, dokong yang memberi peluang pengunjung memetik dan menikmati buah-buahan tersebut tanpa sebarang caj sekiranya menginap di situ.
“Pusat agro tourism desa ini bertambah menarik apabila dilengkapi elemen kekeluargaan yang membolehkan penginap mengeratkan silaturahim sesama keluarga atau pengunjung lain dengan menguji kemahiran mengail ikan di kolam pancing yang disediakan dan boleh terus memasaknya bersama-sama. Turut disediakan, kolam mandi yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak”, katanya.
Selain rumah tumpangan, pihak DRAF juga menyediakan khemah untuk sewaan pengunjung yang mahu menikmati suasana nyaman pada waktu malam.
Tempahan awal amatlah dialu-alukan dengan menghubungi Che Sue 0199168255, Roslan Yaacob 0199124216 atau melawat dahulu FB: Dusun Rimbun Agro Farmstay.