Home Berita PAS Kedah

Projek Sumbangan Sinar Aidilfitri Asnaf Penoreh Getah Parlimen Padang Terap

133
SHARE

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Padang Terap sedang mengadakan program sumbangan Kebajikan dalam bentuk kuih muih dan barang makanan asas untuk asnaf penoreh getah Padang Terap bagi menghadapi Aidilfitri tahun ini. Lebih 15 ribu penoreh getah di daerah ini dan sebahagian besar mereka sangat terkesan dengan harga lantai getah yang rendah.

Sehubungan itu pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Padang Terap membuka peluang amal kebajikan kepada orang ramai untuk turut menyumbang bagi menjayakan program sumbangan ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun nombor 1005061000044820 atas nama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Padang Terap (Agro Bank)

Juga, untuk sebarang persoalan boleh hubungi 019-481 8634 atau nombor pejabat 04 -786 2243.

Terima Kasih atas keprihatinan anda. Marilah menyumbang untuk kongsi rezeki Projek Sumbangan Sinar Aidilfitri Asnaf Penoreh Getah Parlimen Padang Terap.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Padang Terap

No. KBA13, Jalan Pedu, Kg Barokhas, 06300 Kuala Nerang

padangterap07@gmail.com