Home Berita PAS Kelantan

Nikmati waktu cuti sekolah dengan Program Khitan Perdana

190
SHARE

TUMPAT, 14 Dis: Acara berkhatan selalunya diadakan menjelang hujung tahun ketika cuti sekolah dan bagi ibu bapa sudah pastinya tidak mahu lepaskan peluang kerana waktu ini paling sesuai untuk berkhatan.

Sementara itu, hampir 200 orang kanak-kanak dirai dalam Program Khitan Perdana bagi tahun 2022 yang diadakan bertempat di wisma Imtiaz Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor semalam.

Program ini merupakan acara tahunan yang sememangnya mensasarkan kanak-kanak yang terdiri daripada golongan asnaf yang berumur antara enam sehingga 12 tahun menetap di sekitar kawasan DUN Pengkalan Kubor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor YB Wan Roslan Wan Hamat, Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’Mumtaz Md Nawi dan lain-lain.