Home Berita PAS Melaka

NGO Peduli Ummah santuni asnaf-asnaf dalam daerah Baling Kedah.

649
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 8 Feb : NGO Peduli Ummah dengan nama singkatan Si Peduli telah selamat sampai di Baling Kedah pagi semalam bagi tujuan misi bantuan.

Rombongan NGO ini kemudiannya terus menuju ke kawasan sasaran yang memerlukan bantuan iaitu Kampung Bandar dan Kampung Seberang Pekan.

Menurut Pengerusi Si Peduli, Hasbullah Halil, 44, yang dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) menyatakan bahawa sebanyak 250 pek makanan telah diedar kepada golongan OKU dan asnaf.

Tambah beliau lagi, bagi projek ‘water boring’ pula kerja menggali tanah sedang giat dijalankan di beberapa lokasi.

Beliau turut memaklumkan bahawa atas permintaan penduduk mereka telah menambahkan barangan keperluan yang diperlukan termasuk telefon tangan, komputer riba dan komputer peribadi.

Turut bersama dalam bantuan ini adalah NGO Dana Kita.