Home Berita PAS Johor

Nazari ziarah warga Tenggara

192
SHARE

Oleh M Razif Jamal 

TENGGARA, 4 Nov : Veteran tentera, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar pagi ini meneruskan rutin mingguannya dengan menziarahi warga emas dan kurang sihat di kawasan penduduk sekitar Tenggara, disini.

Beliau yang hadir bersama pasukan sukarelawan kesihatan mengambil kesempatan beramah mesra dan turut membuat pemeriksaan kesihatan ringkas kepada penduduk yang disinggahi rumahnya.

Menurut beliau aktiviti pagi ini turut disertai Pengerusi Lanjnah Kesihatan PAS Pusat, Prof Madya Dr Mazri Yahya dan PSU PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

“Kebetulan saya dan team kesihatan meneruskan rutin mingguan kami membuat ziarah pemeriksaan rumah ke rumah hari ini.

“Seminggu dalam dua tiga hari kami buat ziarah ke rumah-rumah sekitar Tenggara, cuma saya jaranglah tunjuk gambar (di media sosial), orang sedang sakit ini mahukan rawatan bukan publisiti,” ujar beliau.

Nazari menzahirkan penghargaan kepada Dr Mazri atas kesudian memeriksa kesihatannya dan berharap dirinya agar kekal cergas sehingga tamat tempoh berkempen pada PRU15 kali ini.

Bekas pegawai TUDM ini juga antara empat nama yang diumumkan sebagai calon PAS Johor mewakili Perikatan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen P.155 Tenggara.

“Saya dibesarkan disini, penduduk disini semuanya sahabat-sahabat saya.

“Sebagai anak jati Tenggara saya sedih bila Tenggara dijadikan simpanan tetap sesetengah parti sejak berdekad lamanya. Tiada kemajuan yang sewajarnya.

“Saya cuma mahu memberi semula khidmat kepada agama dan tanah air, meneruskan perjuangan terutama di tempat saya sendiri dengan slogan Bina Tenggara Semula,” menurut beliau.

Nazari dijangka akan menghantar nama di Hari Penamaan Calon esok 5 November mengikut tarikh yang dikeluarkan SPR, bersama parti lain untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Tenggara.