Home Berita PAS Johor

Munajat perdana jentera petugas Johor

117
SHARE

Oleh M Razif Jamal 

TENGGARA, 4 Nov : PAS Johor melalui Pasukan Kempen Ulamak di bawah Dewan Ulamak PAS Negeri Johor melaksanakan program Munajat Perdana semalam di beberapa kawasan.

Program munajat ini juga turut disertai para petugas daripada kawasan berdekatan mengikut parlimen yang ditandingi oleh calon-calon PAS Johor.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak Berjemaah, diikuti solat Hajat, Munajat dan doa. Kemudian diikuti pengisian Taujihat oleh penceramah jemputan.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah menyampaikan taujihadnya malam tadi di hadapan kira-kira 70 orang terdiri daripada para petugas dan hadirin dari kawasan Tenggara dan kawasan sekitarnya, di sini.

Majlis yang diadakan di dewan SRITI AlUmmah Tenggara berkenaan turut dihadiri Ketua² Dewan Ulamak Kawasan yang lain seperti Kulai, Pulai, Iskandar Puteri dan lain-lain kawasan.

Pada masa yang sama, di Parlimen Muar turut diadakan majlis yang sama dengan bimbingan Ketua Dewan Ulamak PAS Muar, Ustaz Muhidir Tamjis.

Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 100 orang para petugas parlimen Muar dan sekitarnya.

Majlis munajat perdana merupakan antara aktiviti yang dirangka oleh Dewan Ulamak PAS Johor sebagai pengisian rohani untuk kekuatan para petugas dalam menghadapi kempen pada PRU-15 kali ini, selain usaha mengharap bantuan nusrah Allah agar memenangkan calon² Perikatan Nasional.