Home Berita PAS Kedah

Naik taraf jalan sekitar DUN Anak Bukit

182
SHARE

Oleh TASNIM

ANAK BUKIT – Pengerusi Penyelaras DUN Anak Bukit, Encik Rashidi Abdul Razak bersama Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Ishak Murad mengenal pasti lima jalan utama sekitar DUN Anak Bukit yang rosak dan berlubang bagi kerja menaik taraf.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat memandang serius aduan orang ramai mengenai masalah itu.

“Kami mengambil maklum keselamatan pengguna laluan itu yang rata-ratanya terdiri daripada anak-anak sekolah dan warga emas,” ujarnya.

Ahad lalu, wakil JPS turun melawat jalan bagi mengukur diameter jalan yang bakal dinaiktaraf.