Home Melaka

Celoteh Hang Luku | Buat apa TV Al-Hijrah layan kak long 7E?

223
SHARE

Oleh HANG LUKU

MEMANG Hang Luku dah agak dah mesti ada stesen televisyen atau radio yang akan panggil dan temuramah Kak Long 7E. Dah agak dah.

Dari awal lagi Hang Luku dah tahu taktik peniaga-peniaga dalam talian ni yang sengaja buat benda-benda bodoh supaya ‘viral’.

Lepas tu bila dah ‘viral‘ boleh jadi modal berniaga, boleh jadi ‘influencer‘. Nanti ramai peniaga-peniaga lain ‘review‘ produk mereka. Boleh jadi ‘income‘.



Maaflah ya, Hang Luku memang cukup tak suka ‘trick‘ macam ni. Buat benda bodoh, ‘viral’, lepas tu nangis-nangis minta maaf. Lepas selesai isu dah boleh jadi modal jadi influencer sebab dah terkenal.

Boleh saja nak buat sesuatu sampai jadi ‘viral‘, lepas tu boleh jadi ‘influencer‘. Tapi biarlah dengan cara yang betul, yang sopan.

Bila ingat balik video kak long 7E ni terbayang-bayang betapa biadabnya anak kak long ni bila terlalu diberi muka oleh ibunya itu. Dengan bahasa-bahasa yang kesat. Sangat memalukan!

Harap-harap lepas ni tak ada lagilah orang yang nak guna taktik macam ni lagi untuk terkenal. Nak terkenal biarlah dengan cara yang betul.

Terkini katanya stesen TV Al-Hijrah sudah pun memaklumkan penangguhan  siar rancangan yang ada kak long 7E ni.

Stesen-stesen televisyen dan radio pun agak-agaklah. Jangan sebab nak naikkan ‘rating‘ menumpang sama ‘kejadian-kejadian bodoh’ macam ni. Sebagai stesen televisyen atau radio biarlah nampak lebih cerdik, berakal dan lebih profesional.

Hang Luku : Kak Long 7E ni memang sah tak pernah tengok cerita Anakku Sazali