Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat Teruskan Munajat untuk Kemenangan PAS

135 views
SHARE

 

Jerlun : Lebih daripada 100 orang Muslimat berkumpul untuk bermunajat kepada Allah memohon kemenangan dan kebaikan untuk PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

Gelombang AKIFI anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah diadakan secara bergilir setiap minggu ke seluruh 14 negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kehadiran Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memberikan kata-kata semangat dan taujihat kepada seluruh penggerak Muslimat, menambahkan lagi motivasi dalam diri masing-masing untuk terus melaksanakan gerak kerja memenangkan Islam di atas muka bumi Malaysia khususnya.

Ustazah Nuridah sering berpesan kepada seluruh penggerak Muslimat PAS, agar menjaga hubungan dengan Allah di samping sentiasa bermunajat dan berdoa khusus untuk kemenangan Islam,

“Kalau kita nak berdoa, kita kena doa khusus, sebut betul-betul apa yang kita nak minta. InsyaAllah Allah akan makbulkan permintaan kita”.

Gelombang AKIFI ini telah memasuki fasa kesepuluh dan ia telah mula dijalankan pada awal sesi 2015-2017.