Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Mangsa Ribut Yan Sabar Terima Ujian

111 views
SHARE

        
Tragedi ribut yang berlaku pada petang 7 Mac telah merosakkan rumah penduduk di beberapa buah perkampungan Daerah Yan, Kedah.

Dilaporkan kejadian ribut itu seperti pusaran angin yang telah menerbangkan bumbung dan atap rumah penduduk setempat.

Justeru, Muslimat PAS diwakili ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah melawat rumah dan mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut semalam.

Turut mengiringi Ustazah, Ustazah Fatimah Wan Teh, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Kedah, YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, ADUN Sungai Limau dan Puan Zulinda Khamis, Setiausaha DMPN Kedah.

             

Ustazah Nuridah berpeluang menghulurkan sedikit sumbangan mewakili para penyumbang kepada mangsa kejadian.

Sumbangan masih dibuka kepada sesiapa yang ingin membantu melalui Dewan Muslimat PAS Malaysia;
Akaun Maybank : DMPP 5640 2540 0711
Rujukan : Ribut Kedah
Hubungi : Oyeen 019 – 590 2381