Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l Dekati Sektor Awam, YB Tg. Lumpur Bukti BPMS Semakin Berjaya

1273
SHARE

Kuantan, 9 Mac – Sempena pelancaran Klinik 1Malaysia Kempadang yang telah berlangsung tengahari semalam, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar, Adun Tg. Lumpur telah dijemput untuk merasmikan sempena pembukaan Klinik 1Malaysia tersebut.

  

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang turut diketuai oleh YB Ustaz Rosli yang juga merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang. YB Ustaz juga bersama Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Tg. Lumpur telah menyediakan lauk jamuan untuk majlis pelancaran tersebut.

Penglibatan YB Ustaz Rosli dalam majlis perasmian klinik Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) ini telah berjaya menunjukkan penerimaan masyarakat dalam sektor kerajaan terhadap Pas.

Sektor kerajaan pula bukanlah hak milik mutlak parti pemerintah tetapi ia adalah hak kerajaan. Mengikut lunas demokrasi, apabila seseorang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat mereka ditempat mereka sama ada dipihak parti pemerintah atau pembangkang, wakil rakyat pembangkang yang telah menang dipilih oleh rakyat tersebut sepatutnya juga mendapat hak sepatutnya seperti mana wakil rakyat pemerintah seperti peruntukan bantuan kepada rakyat dan sebagainya.

Begitu juga dalam penglibatan dalam masyarakat dan sektor-sektor awam kerajaan, tidak sepatutnya ia dipandang pelik atau dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu kerana seorang wakil rakyat bukan menjadi wakil rakyat parti tertentu sahaja tetapi menjadi wakil kepada semua rakyatnya.

Sebelum ini, pihak YB Ustaz Rosli dan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Tg. Lumpur sudah biasa dan hampir setiap tahun selepas diberi mandat memenangi kerusi Dun Tg. Lumpur telah menaja dan memberikan bantuan kepada program-program dibawah anjuran sektor awam kerajaan seperti Klinik Desa, Klinik Kesihatan, termasuk juga Persatuan Penduduk Tempatan walaupun kita mengetahui kebanyakkan ahli persatuan tersebut bukanlah penyokong parti Pas tetap mereka adalah rakyat di bawah Adun Tg. Lumpur yang juga berhak dibantu.

Setiap tahun juga YB serta Pejabat Khidmat Masyarakat meraikan Hari Jururawat, Hari Polis & Hari Bomba dengan melawat mereka dan memberikan sedikit cenderahati dan kek kepada mereka.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa Pas tidak memusuhi pekerja awam dan sektor kerajaan tetapi Pas menentang pemegang dasar yang menekan rakyat. Malah ramai dikalangan pekerja awam kerajaan turut merasai tekanan kehidupan yang berlaku sekarang akibat salah laku pihak kerajaan.

Mereka juga adalah rakyat biasa yang ada hak untuk mengundi dan memilih pemimpin. Apabila dilihat pada suasana sekarang, kita boleh lihat ramai dikalangan pekerja awam kerajaan mula memahami akan hak mereka dan mereka bukanlah pekerja kepada parti pemerintah Umno tetapi pekerja kepada kerajaan.

Pas dengan cara Politik dan Matang Sejahtera berjaya menunjukkan ketulusan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat Malaysia dengan cara Islam dan lunas demokrasi yang betul.

Bukan menanam politik kebencian, hentam menghentam semata-mata tetapi memberikan penyelesaian untuk menjaga kepentingan rakyat.

Insyaallah, Pas Teraju Pahang PRU14 ini.