Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat Terus Perkasa Skill Media

575
SHARE

Muslimat Terus Perkasa Skill Media

Oleh: Nurul Ashidah Johari

AYER KEROH: IT Speed Training 5.0 berlangsung meriah di D Village Resort, Ayer Keroh Melaka hari ini. Seramai 66 orang telah menyertai bengkel kali ini yang meliputi Zon Selatan.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Haji Bakri Jamaluddin. Terdahulu, IT Speed Training telah dianjurkan di Pahang, Perak, Selangor dan Kedah.

Antara modul yang diketengahkan ialah bengkel montaj mudah, bengkel video ringkas dan bengkel mahir SISPRO.

Hadir sama, Pengarah Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia, Jazlina Shafawi. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran kali ini iaitu Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor menerusi ucapan alu-aluan.